Wednesday, April 15, 2009

pengalaman baru








Beginilah gayanya pengalaman pertama anak-anak kawe pergi memancing mengikut tok guru nya mat amar. walaupun dapat anak seluang itupun merupakan satu kejayaan yang besar bagi kalu pertama. dalam jebok nak mancing sama dapat ditenteramkan dengan seekor ikan seluang setiap seorang. melihat pada muka angah bukan main bersungguh lagi. dah bau macam ikan gayanya. untuk perkembang kanak-kanak ini tentu menyeronokkan mereka

Tuesday, April 14, 2009

PPSMI

ppsmi, penyudahnya aku sebagai seorang guru jadi tak paham apakah yang diperjuangkan oleh semua pihak. Percakapan tentang memartabatkan bahasa melayu, tapi komen dalam berita tanya orang kelantan, orang kedah, orang terengganu, orang pahang, semuanya cakap loghat masing masing. takde sorang pun yang cakap bahasa melayu yang betul. nak perjuang bahasa konon. ppsmi ni sangat penting, sebenarnya perkara yang perlu dikaji adalah kaedah melaksanakan ppsmi itu sendiri. sebenarnya istilah sains dan matematik perlu ditekankan dalam bahasa inggeris. sebabnya murid masa kini tidak memahami istilah yang ditulis. sekiranya ditanya secara lisan mereka boleh menjawab dengan baik. tapi kalau ditanya dalam bentuk soalan bertulis, jawapan hancur.

Friday, April 10, 2009

anak - anak kawe


assalamualaikum..

Kali kawe nak boghok ski tentang anak-anak kawe. kawe ada tiga orang anak yang sulun namanya muhammad adam daniel umur 6 tahun, tengah muhammad aiman haziq umur 3 tahun dan yang no 3 namanya muhammad amir amsyar baru 4 bulan setengah. Ketiga tiga ni menjadi pengikat kasih sayang kami suami isteri. Budak laki ni memang nakal pada masa usia begini. pening kepala dibuatnya. terutama bila baru balik kerja, dengan penatnya tapi itu asam garam orang ada anak. sebelum ni kawe ada dua keta. kalu anak dah ramai gini nampaknya kena cari mpv la pulak. kena gi tengok unser kat temerloh kalu ada hak murah, baru, molek dan yang terbaik.

Thursday, April 9, 2009

Harapan Rakyat

Salam Sejahtera

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Razak atas perlantikan Datuk Seri menjadi pemimpin No. 1 di Malaysia masa kini. Diharapkan dengan perlantikan Datuk Seri Najib akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Disamping itu juga tahniah diucapkan kepada barisan Kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib. Semoga Barisan Kabinet ini mampu memacu negara ke arah yang lebih berdaya saing. Tahniah kepada semua . .

KaweBudakMache

Salam Sejahtera

Pertama sekali ingin saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam membina blog ini. Blog ini merupakan satu kaedah baru dalam pembelajaran saya mengenai ICT masa kini