Sunday, January 31, 2010

Kek Cawan Coklat

kek coklat sambil berperang

Sabtu, 30 Jan - sekumupulan elaki tampan telah mebuat satu lawatan ke Melaka atas tujuan untuk melawat ayah rakan mereka yang telah memotong kaki akibat penyakit kencing manis.
Sementara di rumah kawe, bini kawe sambil berperang dengan anak-anaknya berjaya menghasilkan kek coklat dalam cawan versi muffin. apa dia punya resepi aku tak tau wajah keknya ada kat bawah ni.....
kek istimewa hari sabtu

Saturday, January 16, 2010

Keramat 17.01

17.01 merupakan salah satu tarikh keramat bagi kawe. sebab pada tarikh ni 10 tahun lepas kawe memulakan kerjaya kawe sebagai seorang guru yang sebenar, bukan lagi guru pelatih. tanggal 17. 01.2000 menjadi titik permulaan dalam kerjaya hidup kawe. Pada mula kawe tak tahu kermana arah penempatan yang bakal ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Seminggu sebelum kawe terima surat penempatan tersebut, kawe pernah bersungut pada mak dan jugak bapak kawe. sungutan mengenai tempat posting la. Kawe kata kat diorang kalau kawe kena posting kat Triang pahang mati la kawe. sebabnya kawe dengar cerita daripada mak dan bapak saudara kawe Triang ni pekan cina. saki baki komunis. kawe percaya la sebab di pernah bertugas dalam Pasukan Polis Hutan di sini (kem tu dah jadi balai IPD Bera sarang ni). Snek Sampai je surat kawe dah mula bimbang dah. tapi apa boleh buat nak edjust dah takde kabel besar. terima je la. Kawe datang ke pekan triang seorang diri tanpa ditemani kaum keluarga pun. itu yang kawe rasa advanture tu. Kawe naik keretapi di Tanah Merah pukul 7 pagi. punya la lama naik keretapi, kawe tiba di stesen triang jam 7.30 malam. Kawe ingat lagi masa tu kawe tumpang letak beg kawe dekat balai polis triang dan pergi cari kereta sewa. Nasib kawe baik kerana ada seorang peneroka mayam yang kerja sampingannya memandu teksi, jadi kawe naik la teksi dia. Dengan tambang sebanyak RM20 kawe sampai di FELDA Bukit Kepayang. Sampai di rumah guru kawe disambut oleh serang guru bujang masa tu. kawe ingat dia cikgu lama kat situ tapi rupanya dia guru baru posting sama macam kawe, bezanya dia sampai 4 jam lebih awal dari kawe. Baermalam lah kawe di rumah tu dengan Marzuki Mohd Ali (nama cikgu tu).

Itu la catatan yang kawe ingat lagi 10 tahun lepas. tapi masih jelas lagi dalam ingatan kawe. Loni Juki pun dah balik negeri dia (Terengganu) tapi kawe masih lagi terperap disini.

Hari ini sudah genap 10 tahun kawe mengajar di SK FELDA Bukit Kepayang tanpa bertukar mana-mana sekolah lagi. 2 atau 3 bulang lagi tak tau la. Namun semua ni kawe bersyuku kapada Allah swt. Dengan rezeki yang dia berikan. Daripada tiada apa, datang kerja naik keretapi, kawe maju dengan membeli motorsikal Kriss 1 no plat CBB7406 (masih elok lagi) bulan ogos 2000, lepas tu kawe beli kereta Proton saga no plat WDJ 4619 (masih kawe gunakan lagi) bulan Nov 2001, kawe kahwin pada 14.02.2002, kawe dapat anak sulung pada 29.04.2003, kawe beli kereta kancil BFL 3279 (loni adik kawe guna) tahun 2005, kawe beli rumah banglo di Tanah merah kelantan 2006, bini kawe beli rumah teres di Pasir Mas tahun 2007, kawe dapat anak kedua pada 22.10.2006, kawe beli kereta wira WDQ 2646 (dah jual dah) tahun 2007, kawe dapat anak ketiga pada 22.11.2008,

kawe beli Unser NBH3133 pada Mei 2009.


Kini semua itu adalah rezeki kawe dari Allah swt selepas 10 tahun bekerja sebagai guru. Masa depan tak siapa yang tahu..

Saturday, January 2, 2010

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2010

Salam Sejahtera ;

Kepada semua teman-teman dan keluarga, semoga dengan kehadiran tahun baru 2010 ini kita semua dapat mempertingkatkan segala-galanya tidak kira dari segi sosioekonomi, persahabatan, kekeluargaan dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Dalam kesempatan ini juga adalah diharapkan semua teman-teman dan keluarga dapat mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Tahun 2009 banyak memberi pengalaman dan pengajaran yang amat berguna. Banyak kenangan manis dan tidak kurang juga kenangan pahit di tempuhi dengan tabah. Alhamdullah. Tahun 2010 ini kita tak tahu lagi bagaimana perjalanan hidup kita sebenarnya. kalau diikutkan perancangan banyak perkara yang hendak dicapai, entahkan dapat entahkan tidak. Kalau difikirkan balik, semua perancangan menjurus kearah perkara duniawi semata-mata. Tak sampai 10 % pun perancangan yang menjurus kearah keamanan dan ksejahteraan akhirat. Kena fikir jugak ni. 2010 apa kesudahannya. Fikirkan..........