Tuesday, March 9, 2010

Oh Kuantan


Hari ahad minggu sudah kawe sekeluarga telah berkunjung ke kuantan. Namun sampai je di kuantan ada sua rasan tv9 la pulak jem jalan. tapi sempat la kawe ngelak ke teluk cempedak. ramai jugok orangnyo. hingga kan takde tempat paking yang teduh. Semuanyo penuh. Malas kawe nok tinggal keto kawe tengoh panas. jadi kawe bawa anok kawe pergi ke tempat budok main keta elektrik. abih jugok la rm 14. tu kira tak banyok la kalu nok beli sendiri. lepas tu kawe pergi pulok ke mini zoo di teluk cempedak ni. sempat anok kawe tengok ular sawa dan burung bangau botak. lepas tu geng dio pakat naik kuda pulok. tok la mahal sangat. rm5 untuk 2 pusingan. kira ok la. nok banding ngan beli kudo sendiri tu. Anok kawe ho bongsu sementara loni pun sibuk nok nak naik kuda jugok. siap mengamuk lagi. pening dibuatnyo. abih berhibur sampailah masa ke tujuan yang sebenar iaitu shopping. tapi gi shopping di giant jah. beli baju budok-budok. abih se seratus sudoh. balik lah kawe dengan penat dan lelahnya selepas sehari suntuk di kuantan...

Thursday, March 4, 2010

Menu sarapan pagi

Menu Pagi Jumaat


Hari aku makan nasi ayam di kantin sekolah kawe. Nasi ayam yang dia buat kira ok la sodap jugak. Menu yang yang biasanya hari jumaat sama ada nasi ayam atau nasi minyak. Nasi ayam ni kena pulak dengan teh o suam. fuhh best betul. Tengok pada Fadzil terpegun gitu aje. Bagi dia semua yang orang lain makan semuanya sedap. Tapi bila dia pulak yang ngadap kira kais-kais ayam aje la. makannye dok jugak. Alhamdulillah, syukurlah pagi ni dapat sarapan yang menyelerakan..

Wednesday, March 3, 2010

Kolam Puyu




Zahar sedang melayan puyu


Pengembaraan kawe mencari ikan puyu bersambung apabila kawe bersama dua orang rakan kawe telah pergi mencari puyu. Target kami hanya puyu sahaja. Kami telah memilih dua lokasi. tinjauan di lokasi yang pertama amat mengecewakan. bunyi ikan puyu yang meletup dalam semak memberikan kami semangat tapi hasilnya takde. kami beralih arah ke lokasi yang kedua. disini kami rasa teruja apabila melihat keadaan air yang menyeronokkan. setibanya kami di di lokasi kedua, kami tepandang 2 orang budak lelaki yang bergegas lari. Entah apa kesalahan yang mereka lakukan pun kami tak tau. Kami hanya syak mungkin itu cubaan untuk menuba di lombong tinggal itu je. Kami dengan pamtas mengambil kesempatan ini untuk terus melempar pancing. Kawe mendahului member kawe dengan menaikan ikan puyu. Tapi selepas itu Zahar lah raja pulak menaikkan beberapa ekor ikan puyu. panas hati jugak tengok dia layan ikan puyu. kasor-kasor juga. Mie Nor standard la main layan Potok la apa lagi. dapat 4, 5 ekor jadi la. penat nak mampus musim panas gi manncing....

Mie Nor tekun dalam semak


Wajah kolam tinggal


Tuesday, March 2, 2010

Mancing di kolam Man Rab

Petang ni aku bersama bini aku bawak anak-anak aku pergi memancing di kolam pakcik Man Rab. Aku tak berapa sangat, tapi anak aku yang tengah sangat berminat ngan mancing aku baling je jorang aku dia sibuk nak gulung balik. penyudahnya aku bagi je dia buat. abih satu bekas makanan ikan aku gunakan. dia masih tak puas mancing lagi pening kepala dibuatnya. bagi orang lain yang dapat ikat tu seronok la. bagi yang tak dapat tu, penat je. nasib baik la tuan kolah tu baik hati tak kisah sangat ngan aku. hampir sejam tu dia ambik rm 2 je. umpan main tak kira je. bagi aku ok la. lagipun bukan serius nak mancing pun. saja melayan anak. nampak orang lain buat naik patin lebih 2 kg geram jugak tapi aku bukan pandai sangat mancing ni. lempar je umpan habis berterabu. nasib baik ada anak murid aku padli. dia yang ajar aku. sebagai denda tak buat kerja rumah sains yang aku bagi. jenu melayan karenah anak yang lasak ni. Namu begitu aku tetap bersyukur kepada Allah swt. Alhamdulillah.....

Monday, March 1, 2010

Penangan facebook




laman facebook kawe

Sudah hampir 11 tahun kami warga mpsah telah berpisah. Apabila masing-masing ditugaskan ditempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, maka kami pun akur. Namun demikian tahun 2010 ini laman yang dikira agak polpular masa kini iaitu laman facebook telah menyatukan kami semua. penyatuan ini telah memberi kami perkhabaran yang terkini tentang kami semua. rata-rata antara kami sudahpun mempunya 2 hingga 5 orang anak. Kira ramai la tu. bagi yang dapat sepasang anak lelaki da perermpuan itu dikira beruntung la. bagi yang masih belum berusaha lah lagi. Insya Allah. Kawe sangat beruntung kerana telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Perempuan masih belum lagi. akan datang kot.... Dengan laman Facebook kawe berjaya mengumpul hampir 80% rakan sekelas kami (sains & pjk). macam-macam hal masing-masing. ramai antara kami telahpun sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mujurlah kawe pun sambung jugak. Tak la segan sangat. facebook banyak membantu kawe dalam mencara teman maktab kawe. namun yang kawe terkilan adalah seorang best fren kawe tak dapat dikesan. nama dia Izarman Che Ismail. Kawe tahu dia mengajar di SK Pulau Serai tapi dah lose contact. aduhhhhhh. sayunya kawe.