Monday, April 26, 2010

muffin chip chocolate

Minggu ni kawe and the geng pergi memancing ke kelong dekan dengan Pantai Kelanang, Banting Selangor. Tak banyak sangat ikan yang kawe dapat. Sepeninggalan kawe gi ke kelong, bini kawe ngan anak-anak memulakan aktiviti mingguan mereka. iaitu memasak kek cawan coklat. kek ini bukannya apa untuk anak sulung kawe yang minat sangat ngan kek ni. lagipun modal bukannya besar sangat jika nak dibandingkan kek yang di beli di kedai. sedapnya belum tentu lagi.

Bukan main banyak lagi anak kawe makan kek itu. Hinggakan dia simpan bekal untuk dibawa ke sekolah pada keesokan harinya..


Proses pembikinan krim puff sedang dilakukan

Pada malam ni kawe dok edit kawe punyo blog ni dia sedang menyiapkan krim puff yang diminta oleh anak kawe. Sambil bergelut dengan anak-anak kawe maka siap juga kuih untuk suffer malam ni. kawe try sodap jugok. boleh tahan la. persa oren. kalu nok jul rasanya boleh jugak dah. Adam bukan main makannya sampai dia serender dah.


Krim puff sebelum disumbat krimnya



Saturday, April 10, 2010

Kejohanan Bolasepak MSSM Zon Bera B12 Tahun

Pasukan SK Felda Bukit Kepayang sebelum memulakan separuh akhir.


Pada minggu ni kawe membawa budak sekolah kawe untuk perlawanan bolasepak pada kejohanan bolasepak bawah 12 tahun MSSM Zon Bera. Pada mulanya pasukan sekolah kawe ni hanyalah sekadar menyertai sahaja. Memandangkan latihan hanya alakadar sahaja, dengan padang sekolah sedang dibaikpulih. Pasukan kami hanya boleh berlatih di padang belia FELDA Bukit Kepayang. Berkat usaha ketua jurulatih Cikgu Izhar…. pasukan kamu boleh dikatan amat berjaya pada kejohanan kali ini.

Pada perlawanan pertama kami menang 2 – 0 dengan pasukan SK FEDA Kumai. Keputusan ini sungguh memberi semangat kepada budok kawe.. Pada perlawanan kedua pasukan kawe tewas dengan SK FELDA Purun 0 – 2. kekalahan ini sedikit sebanyak telah meluntur semangat budok – budok kawe. Kerana perlawanan yang ketiga kami akan bertemu dengan pasukan SK FELDA Sebertak. Memandangkan Sebertak adalah pasukan pilihan, kamu gerun jugak. Masakan tidak diorang menang ngan purun 0 – 1, dan belasah SK Felda Triang 2, 4 – 1. Memang benar orang kata bola itu bulat. Pasukan kami menang dengan Sebertak 1 – 0. Perlawanan keempat dengan Sk Triang 2 kami main bersungguh-sungguh untuk mencari gol banyak. Ternyata berhasil apabila kami menang dengan keputusan 3 – 0.

Senyuman Naib Juara


Pasukan budok kawe layak ke separuh akhir yang berlangsung pada keesokan harinya, lawan kami SK Tementi. Perlawanan yang seimbang dan sengit. Kami menyerang sehingga pasukan Tementi tak boleh buat apa... keputusan yang memeranjatkan kami menang 1 – 0 untuk layak ke perlawanan akhir bertemu dengan pasukan sekolah SK Triang 3. Kami main namun tewas dengan keputusan 0 – 2... Cikgu puas hati, budak puash hati, GPK KK Tn Hj. Mohamed pun puas hati...

NKRA bolasepak kami tercapai....

Monday, April 5, 2010

Santai d' Pusat Rekreasi Bukit Bijih..



Cuti bulan tiga ari tu kawe ngan keluara kawe pergi melawat tempat rekreasi yang dicadangkan oleh zaidi dalam facebooknya. seronok jugok bagi budok. Orang tua pun boleh la.... takdok tempat doh nok pergi cuti. Dah la cuti hari kawe dan keluarga tak sempat nak berehat. Bermula dengan pergi ke Kangar untuk menyertai rombongan kahwin sepupu kawe (Izuwan). Lepas tu dok sibuk ko urusan pasang grill rumah Pasir Mas.... Tapi dengan jumpanya tempat dapatlah menenangkan sikit kepala otak ni.. tu dah kira lewat dah pergi nya.. tapi semua seronok...