Tuesday, November 17, 2009

Apalah kesudahanya


Salam 32 tahun ;

10 tahun sudah aku bermastautin di negeri Pahang yang banyak memberi pengalaman kehidupan kepada aku. 10 tahun sudah aku bekerja di negeri Pahang. 10 tahun sudah aku menjadi ahli dalam bidang pendidikan. 10 tahun sudah aku menikmati gaji daripada kerajaan Malaysia yang satu ketika dulu aku langsung tidak mengimpikan keupayaan aku untuk menjadi seorang guru. Apakan daya kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia....." Aku sendiri tidak pasti sama ada aku bertuah atau tidak. sukar untuk diukur diri sendiri. Kawan-kawan sekolah rendah dan menengah dulu aku tidak tahu apa keadaan mereka kini. tapi aku percaya mereka jauh lebih baik dari aku yang hanya seorang guru sekolah rendah ini. Sudah 20 tahun aku tamat sekolah rendah di SK Machang (1989 - UPSR) dan 15 tahun tamat Tingkatan 5 di SMK Machang (1994 - SPM). Namun itu semua kenangan dan pengalaman.

Kini sudah tahun 2009, aku tetap bersyukur dengan anugerah Allah s.w.t yang telah menganugerahkan aku seorang isteri yang sangat memahami aku dan 3 cahaya mata semuanya lelaki yang bakal menjadi cabaran kepada aku untuk menjaga mereka. Aku pernah terfikir, untuk menjaga anak aku 3 orang ni pun dah pening, bagaimanalah mek dan ayah aku jaga aku dan adik beradik seramai 13 orang. Lagi peninglah gamaknya. Aku cukup terharu dengan pengorbanan mek dan yah aku.

Terima kasih mek dan ayah....

Thursday, November 12, 2009

Secebis Kenangan di Maktab

Doa Yang Bermanfaat

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan ,Tuhan,
ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan,Tuhan,
aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi
mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan
Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat dan syafaat

Sumber : http://jiwajuang.blogspot.com/2007/03/doa-ilmu-yang-bermanafaat.html

Sunday, November 8, 2009

Renungan buat semua

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

sumber : http://jiwajuang.blogspot.com/2007/03/kata-kata-hikmah-orang-orang-soleh.html

Sunday, October 25, 2009

Bajet Harapan Rakyat

Salam Sejahtera

Tanggal 23 okt 2009 PM telah membentangkan bajet sulung beliau selepas memangku jawatan tertinggi dalam Malaysia dan Menteri Kewangan. banyak kebajikan rakyat yang diutarakan. contohnya pemberian subsidi kepada para nelayan dan petani (penanam padi). inilah yang dikatakan rakyat didahulukan. Namun dalam pada itu ada juga yang tidak terlibat dengan perolehan subsidi ini. Contohnya kakitangan awam. Tahun ini merupakan tahun kedua sejak tahun 2000 kakitangan awam tidak medapat bonus. Pada dasarnya pemberian bonus itu juga penting untuk kepuasan kakitangan awam yang sudah satu tahun bertungkus lumus. walaupun mereka ada gaji setiap bulan, bonus juga diharapkan seringan dengan prestasi kerja mereka. Kalau sesetengah orang kata bonus tak dapat di berikan kerana ekonomi lembab kini, itu juga munasabah. Namun jika difikirkan kemana perginya wang bonus yang diberikan kepada kakitangan itu. Bonus itu akan berkirasar kepada kerajaan juga. Kakitangan awam biasanya akan berbelanja jiga wang bonus itu bukannya dia simpan saja. Wang yang dicairkan itu akan dapat balik kepada kerajaan. Itu lah kitaran kewangan dalam negara kita ni.

Wednesday, October 14, 2009

jom mancing

Pada 10.10.09 kawe dan geng sekolah kawe membuat satu trip memancing ke sebuah pulau dekat cherating. pulau ular namanya. Ini adalah kali kedua kami pergi ke pulau selepas bulan 7 yang lalu. Sebelum pergu begitu banyak perancangan telah dibuat oleh kawe n geng. Beli batu ladung, beli mata kail, beli tali tangsi dengan harapan dapat mancing dengan seronok. Keseronokan kami bermula apabila kami tiba di cherating. Naik bot 7 orang bot 10 kaki dengan lambungan ombak yang agak kuat sudah membayangkan bahawa kami bakal berhad rasanyaapan dengan masalah ombak. Ternyata sangkaan itu menjadi kenyataan. sekali lempar pancing sekali sangkut. jem kawe rasa. kekili habih satu paket, mata hampir 20 bentuk, perambut besi banyak jugak abih dekat segulung. Kawe hanya dapat dua ekor je, orang lain ada la 4 @ 5 ekor seorang. Mancing dari pagi hingga petang. Hari tu zahar jadi pemenang hampir 10 ekor dia dapat. Mienor dapat kerapu besar jugak. hari tu kami balik sampai kat rumah hampi pukul 11 malam dengan tak dapat ikan pun. waduh penat kawe.

Monday, October 12, 2009

Kembali Terjalin

Assalamualaikum...

Salam sejahtera....

Pertama dengan rasa terharu saya mengucap terima kasih kepada kawan-kawan semaktab di MPSAH 10 tahun lepas kerana usaha untuk membentuk kembali ikatan yang telah 10 tahun terputus tanpa perkhabaran. Tanggal 11.10.09 kawe telah menemui satu blog yang telah dibina atas tujuan murni ini. Setelah mengamati blog mpsah_dpm1 ramai diantara member telah meneruskan pelajaran dan dah ada yang menamatkannya pun. tahniah kepada kengkawang. Mujurlah kawe sempat juga sambung tak la segan sangat. Dengan kelulusan Ijazah dari OUM dalam jurusan Teknologi Maklumat ini dapat kawe menyertai kengkawang semua. Namun begitu orang rumah kawe masih belum menyambung pelajarannya, alasanya nak beri komitmen sepenuhnya kepada anak-anak. Dengan 3 orang hero sudah cukup untuk memberi kepenatan seharian menjaga. belum ditambah lagi dengan tugasan juka dia sambung belajar, katanya. kawe pun tak kisahlah. melihat blog mpsah ni, member dah buat reunion untuk kali pertama pun. kawe tak tau, tapi kalau tau pun tak dapat pergi sebab bini kawe beranak (22.11.2008) anak ketiga. Tapi kiranya ada reunion kali kedua mungkin takkan lepas peluang. Sebenarnya dah lama kawe nak cari member lama tapi tak tau macam mana. Tapi kini alhamdulillah...

Sunday, October 11, 2009

santai ditepi sungai pahang


assalamualaikum...

satu petang aku dan keluar bersantai di tepi sungai pahang. kira ok la juga walaupun takde kedai makan. boleh la kalau bawak bekal sendiri. di mengkarak tempatnya, nampak macam projek gajah putih tapi boleh la membawa ketenangan selepas penat mandu dari temerloh. dengan 3 orang anak lelaki kini. bukan senang nak memandu terus menerus dari temerloh. banyak la mende yang dia nak buat. kejap itu la, kejap ini la. pening dibuatnya.

Sunday, October 4, 2009

Di Mana Silapnya ?

Assalamualaikum

Dimana silapnya. sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan maut berlaku di negara kita. Dimana silapnya. Sebenarnya kita tak tau di mana silapnya. yang orang kita tahu adalah menyalahkan orang lain. Bagi pihak berkuasa pengguna jalan raya yang di salahkan kiranya berlaku kemalangan terutamanya yang melibatkan kepalangan maut. begitulah sebaliknya. selepas OPS sikap tamat, ketua polis negara dengan tegasnya menyalahkan sikap pengguna jalan yang menyebabkan kemalangan yang membabitkan maut menjadi punca. Benarkah ? pada hakikatnya ialah kematian tidak boleh dielak walaupun sedetik sepat atau lewat. itu kata-kata yang ternyata benar. sehubungan dengan itu pengguna perlu juga mengamalkan sifat berhati-hati kerana itu penting untuk memastika tiada kerosakan harta benda maupun nyawa. sebagai pengguna jalan raya, seyapun terlibat sama dalam memastikan tiada berlakunya kemalangan di pihak saya. kalau nak dibandingan dengan negara lain, jalan raya mereka jauh lebih berbahaya daripada jalan kita, namun jarang berlakunya kemalangan macam negara kita. Dimana silapnya ? sapa yang kita kira bertanggungjawab atas kematian semua ini. sikap pengguna itu sendiri, pihak berkuasa, keadaan jalanraya ditempat kita, atau takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt. sama-sama kita renungkan
Sekian

Wednesday, September 2, 2009

Pengorbanan Kemerdekaan

Salam mengusik

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya sudah hampir separuh bulan ramadhan di tempuhi untuk tahun ini. Tak lama lagi umat islam akan menyabut hari lebaran untuk tahun ini. Namun demikian terdapat beberapa pengorbanan yang perlu di lakukan oleh rakyat malaysia. Antara pengorbanannya :

1. Kenaikan harga petrol RON95

Pada bulan Jun yang lepas Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk menarik produk minyak petrol RON 91 dan digantikan dengan RON95 bermula 1 sept 2009. Apa yang menarik ialah harga yang ditetapkan ialah RM1.75. Namun apabila tiba masanya lain la pula harganya. apa boleh buat demi kemajuan negara rakyat terpaksa menerima sahaja apa yang telah diaturkan. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan oleh rakyat untuk negara. Ini sekali gus membantu kerajaan mengurangkan kadar subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. Sebagai pengguna secara peribadi, walaupun tak sempat merasa petrol dengan harga RM 1.75 namun tetap bersyukur sebab ia masih lagi di paras harga lama. (RM1.80)

2. Bonus Raya 2009

Rakyat kini perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan ketiadaan bonus raya tahun ini. ini juga satu pengorbanan namanya. secara peribadi saya rasa bonus raya tak perlu kerana bonus yang diberikan bukan untuk kegunaan raya semata-mata. Namun begitu besarlah harapan agar kerajaan tetap memberi bonus kepada kakitangan awam untuk tahun ini di penghujung tahun. Bonus ini penting untuk kegunaan anak-anak nak masuk sekolah nanti. Itu lagi penting. Jika dibandingkan dengan raya permulaan persekolahan tahun depan adalah lebih penting. dengan bukunya, pakaian sekolah anak, yuran, dan pelbagai persiapan lain lagi.

Tuesday, June 30, 2009

Trip ke Melaka

Pada hari sabtu bersamaan dengan 27 hingga 28 hb jun, ambo sekeluarga berserta dengan Zahar dan Basri telah mengikut Nuar balik kampung di di Merlimau Melaka. Ada beberapa aktiviti yang kami sempat penuhi untuk tempoh 2 hari 1 malam ini.
Perjalanan bermula selepas maghrib pada hari sabtu lebih kurang pukul 8 malam. aku mengikut nuar dari belakang diikuti Basri dan Zahar. Perjalanan waktu malam kurang memenatkan kerana 2 anggota tentera kawe sudah tewas di pembaringan. kami singgah makan kejap dekat Jempol NS makan sate. Zaha belanja. Kawe pegi beli berger ko bini kawe punya la lama nak dapat sebiji berger. tu baru sebiji kalau dua biji terpaksalah ambik masa balik esok. walhal bukan ada orain order pun. perjalanan diteruskan lagi pada pukul 10 mlm. Jalan ke Melaka dah lama tak pergi dah tak tau dah rasa lama juga. sampai di rumah Nuar pada pukul 12.30 tghmlm.

Bergambar di hadapan Eye On Malaysian


Gayat semasa EOM berhenti di puncak

Lawatan bermula apabila Nuar bawak kami naik gondola. Eye On Malaysia. best jugak. yang paling best semasa EOM tu beghenti. masa tu kawe dan kuarga ada kat puncak. meraung anak kawe. takit jatu. itu cerita anak kawe tapi, yang paling best ada orang tak berani langsung nak naik EOM tu. takut pening.. :-) Lama juga benda tu berpusing kawe kira ada kat lima kali. Harga tiket pun boleh tahan, RM10 untuk dewasa da separuh harga untuk kanak-kanak 3 - 12 tahun.
Lepas tu kami pegi ke menara Taming Sari. Tak la best

sangat. tak mencabar sekadar naik dan pusing sikit-sikit. boleh la tengik kapal besar. Lepas tu kami pergi ke Hypermarket Mydin. Besar betul. tak beli apa-apa pun malah nak beratur semasa bayar.
Semasa balik dari Mydin singgah kat rumak orang tua Nuar. makan durian dan buah seto. tak la banyak makan buah seto tu abih la sebaldi kami gomo. durian pon gitu.
Waktu malam kami pegi makan kat tempat ikan bakat tersohor kat Melaka. orang kate. Ikan bakar Umbai. abih RM45 kira ok la. banyak la ada kerapu 3 rasa, kepah masak sambal, sotong celup tepung, kora ok lah. Perjalanan balik ke Bera diteruskan selepas makan ikan bakar ru. perjalanan yang ada rasa penat campur ngantuk. sampai kat umah jm 12.45 thg mlm. abih masa cuti minggu tu.

Dan selepas ini Insya Allah kami merancang ke kelantan pulak.


Thursday, June 18, 2009


Pengisian Masa Cuti..

29.05.09 hingga 14.06.09 kawe bercuti bersama keluarga di kampung. Bergilir la antara Mache dan Pasir Mas. Disamping itu sempat juga kawe gi mancing ngan adik-adik kawe. layan kolam je la. tapi yang menyeronokkan apabila dapat naikkan ikan tongsang di kolam Sri Garden, Bt Gajah Tanah Merah. boleh tahan la jugak. 2 ekor tongsang 10 kg setiap seekor. tempoh masa 3 jam cukup memenatkan. tapi puas hati. 2 jam budak-budak dok telek tok puah tengok. terutamanya Amiru ngan Nasaie. tok muat keta Kancil Merah Mek Kin. Kena sumbat dala unser kawe jugak. Hok Paling kalut anak kawe yang tengah. sibuk sangat dio. lenguh la tangan ngankat dalam jaring.Dua ekor ikan tongsang yang ditewaskan di kolam Sri Garden Batu Gajah Tanak Merah Kelantan.

Masa mancing orang kampung tu nak sangat ngak tongsang tu. tapi tak dapat, tekde rezeki lagi la tu. jangan putus asa pada orang kampung batu gajah serta peminat setia Kolam Sri Garden. rajin berusaha pasti akan berjaya.

Gambor ni diambik masa dah nak balik. Sementara nunggu kereta. possing dulu la. Qorie tu baghu lepah demam. segar semetar-semetar. semangak tongse la katakan. Bilo pulok lepas ni tok tau la pulak. lepas tu nok gi ke telekong KK pulak nak masuk pertamdingan mancing pulak.

Sunday, May 10, 2009

Sehari di Janda Baik



Salam sejahtera.

Tanggal 10.05 kawe bersama ngan kuarga kawe beserta ngan kuarga zahar pergi berkelah di kampung Janda Baik, Bentong. Kira OK la air sungai dia. Tak banyak dan tak lah sampai meleleh. mandi dengan ada bakar ayam dan ikan skit,,, puhhh best. anak-anak kawe apa lagi pakai tak naik ke darat la dengan mat amar. dok berendam dalaim sungai la sehari suntuk tu. naik makan pun tak nak. zahar apa lagi. mencari tengas la nampaknya. dapat la pat lima ekor. tapi abih buat main dek budak je. cuaca agak panas, tapi boleh duduk tepat teduh ada pondok dengan bayaran RM 12 kira memadailah. siap boleh pasang khemah sendiri lagi kalau bawak. tu yang seronok tu. parking keta mudah lebih kurang 3 kaki dari pondok dan 20 kaki dai sungai. cukup sempoi sesapa nak pegi ketempat tu boleh lah hubungi cikgu hussin bekas GB SK Janda Baik di talian 0199483100. bukan nak promosi tapi kira ok la tempat dia. siap boleh gantung buai lagi bagi yang ada anak kecik. jadi semalam anak kawe seronok abih. nai atas tebing siap menggigil lagi.

abe dan amar sedang berendam

bagi dua orang ni dari naik makan biar beku la namun nak naik atas darat mintak maafla. diorang siap ngerjakan ikan tengas zahar lagi. abe siap hanyut di bawa arus. bagi yang ada anak kecil kena awasi la juga. jangan main lepas ke. batu licin bahaya.


Gini lah gayanya budak jarang dapat sungai berendam abih. tak kira sejuk ke tak. masa main memang seronok. tapi bila dah siap main macam-macam sakitnya. nak tido pun susah atas keta dok ngamuk je.


Thursday, May 7, 2009

Permaisuri Hidup Kawe


assalamualaikum...

Kali ni kawe nak bercerita skit hal permaisuri hidup kawe. orang pertama yang kawe jatuh cinta yang sejati bermula di maktab perguruan sultan abdul halim (MPSAH) sungai petani pada tahun 1996. hujung tahun rasanya. dah nak masuk 14 tahun perkenalan kami. Alhamdulillah, berkat doa kesemua orang yang tersayang kami di ijab kabul pada tanggal 14..02.2002. dan kini kami dianugerahkan dengan 3 orang putera yang perkasa dan lasak. kadang-kadang pening dibuatnya. kini dengan ada anak-anak serta permaisuri kawe, harta yang cukip berharga, dengan dua buah rumah, dua buah kereta, setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kawe panjatkan. betul kata orang rezeki masa depan mana kita tau. Kita yang merancang, yang menentukan adalah Allah yang Maha Esa. Gambar ni dia permaisuri kawe ambik sendiri. yang kecik tu anak nombor 3 kawe. Muhammad Amir Amsyar. Dua orang lagi dah di upload sebelum ini.

Sunday, May 3, 2009

harta baru kawe


MPV baru ambik.




Tanggal 2 minggu lepas, dengan behempas pulasnya aku ngejas nak luluskan akhirnya alhamdulillah berjaya jua. nak beli yang baru rasanya tak mampu. dapat yang second hand pun jadilah. toyota unser aku ni untuk menggantikan unser asri yang hilang dari kepayang ke bukit rok. pelbagai asam garam nak lepaskan nak bayar bulan macam mana pulak eek. ni baru nak pikir. kene kerja lebih la sikit. abik la komputer kedai azam suci aku format. nak bayar unser la katakan. rupa-rupanya ada keta luas ni pening jugak kepala koi. akan kawe kejap depan kejap belakang penin dibuatnya. nakpak dek polih karang jenuh bayar saman kawe. harapnya polih tak saman kawe sebab anak kawe buaih skit. keta gaya atas katil bergusti plak.

Wednesday, April 15, 2009

pengalaman baru








Beginilah gayanya pengalaman pertama anak-anak kawe pergi memancing mengikut tok guru nya mat amar. walaupun dapat anak seluang itupun merupakan satu kejayaan yang besar bagi kalu pertama. dalam jebok nak mancing sama dapat ditenteramkan dengan seekor ikan seluang setiap seorang. melihat pada muka angah bukan main bersungguh lagi. dah bau macam ikan gayanya. untuk perkembang kanak-kanak ini tentu menyeronokkan mereka

Tuesday, April 14, 2009

PPSMI

ppsmi, penyudahnya aku sebagai seorang guru jadi tak paham apakah yang diperjuangkan oleh semua pihak. Percakapan tentang memartabatkan bahasa melayu, tapi komen dalam berita tanya orang kelantan, orang kedah, orang terengganu, orang pahang, semuanya cakap loghat masing masing. takde sorang pun yang cakap bahasa melayu yang betul. nak perjuang bahasa konon. ppsmi ni sangat penting, sebenarnya perkara yang perlu dikaji adalah kaedah melaksanakan ppsmi itu sendiri. sebenarnya istilah sains dan matematik perlu ditekankan dalam bahasa inggeris. sebabnya murid masa kini tidak memahami istilah yang ditulis. sekiranya ditanya secara lisan mereka boleh menjawab dengan baik. tapi kalau ditanya dalam bentuk soalan bertulis, jawapan hancur.

Friday, April 10, 2009

anak - anak kawe


assalamualaikum..

Kali kawe nak boghok ski tentang anak-anak kawe. kawe ada tiga orang anak yang sulun namanya muhammad adam daniel umur 6 tahun, tengah muhammad aiman haziq umur 3 tahun dan yang no 3 namanya muhammad amir amsyar baru 4 bulan setengah. Ketiga tiga ni menjadi pengikat kasih sayang kami suami isteri. Budak laki ni memang nakal pada masa usia begini. pening kepala dibuatnya. terutama bila baru balik kerja, dengan penatnya tapi itu asam garam orang ada anak. sebelum ni kawe ada dua keta. kalu anak dah ramai gini nampaknya kena cari mpv la pulak. kena gi tengok unser kat temerloh kalu ada hak murah, baru, molek dan yang terbaik.

Thursday, April 9, 2009

Harapan Rakyat

Salam Sejahtera

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Razak atas perlantikan Datuk Seri menjadi pemimpin No. 1 di Malaysia masa kini. Diharapkan dengan perlantikan Datuk Seri Najib akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Disamping itu juga tahniah diucapkan kepada barisan Kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib. Semoga Barisan Kabinet ini mampu memacu negara ke arah yang lebih berdaya saing. Tahniah kepada semua . .

KaweBudakMache

Salam Sejahtera

Pertama sekali ingin saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya dalam membina blog ini. Blog ini merupakan satu kaedah baru dalam pembelajaran saya mengenai ICT masa kini