Sunday, October 25, 2009

Bajet Harapan Rakyat

Salam Sejahtera

Tanggal 23 okt 2009 PM telah membentangkan bajet sulung beliau selepas memangku jawatan tertinggi dalam Malaysia dan Menteri Kewangan. banyak kebajikan rakyat yang diutarakan. contohnya pemberian subsidi kepada para nelayan dan petani (penanam padi). inilah yang dikatakan rakyat didahulukan. Namun dalam pada itu ada juga yang tidak terlibat dengan perolehan subsidi ini. Contohnya kakitangan awam. Tahun ini merupakan tahun kedua sejak tahun 2000 kakitangan awam tidak medapat bonus. Pada dasarnya pemberian bonus itu juga penting untuk kepuasan kakitangan awam yang sudah satu tahun bertungkus lumus. walaupun mereka ada gaji setiap bulan, bonus juga diharapkan seringan dengan prestasi kerja mereka. Kalau sesetengah orang kata bonus tak dapat di berikan kerana ekonomi lembab kini, itu juga munasabah. Namun jika difikirkan kemana perginya wang bonus yang diberikan kepada kakitangan itu. Bonus itu akan berkirasar kepada kerajaan juga. Kakitangan awam biasanya akan berbelanja jiga wang bonus itu bukannya dia simpan saja. Wang yang dicairkan itu akan dapat balik kepada kerajaan. Itu lah kitaran kewangan dalam negara kita ni.

Wednesday, October 14, 2009

jom mancing

Pada 10.10.09 kawe dan geng sekolah kawe membuat satu trip memancing ke sebuah pulau dekat cherating. pulau ular namanya. Ini adalah kali kedua kami pergi ke pulau selepas bulan 7 yang lalu. Sebelum pergu begitu banyak perancangan telah dibuat oleh kawe n geng. Beli batu ladung, beli mata kail, beli tali tangsi dengan harapan dapat mancing dengan seronok. Keseronokan kami bermula apabila kami tiba di cherating. Naik bot 7 orang bot 10 kaki dengan lambungan ombak yang agak kuat sudah membayangkan bahawa kami bakal berhad rasanyaapan dengan masalah ombak. Ternyata sangkaan itu menjadi kenyataan. sekali lempar pancing sekali sangkut. jem kawe rasa. kekili habih satu paket, mata hampir 20 bentuk, perambut besi banyak jugak abih dekat segulung. Kawe hanya dapat dua ekor je, orang lain ada la 4 @ 5 ekor seorang. Mancing dari pagi hingga petang. Hari tu zahar jadi pemenang hampir 10 ekor dia dapat. Mienor dapat kerapu besar jugak. hari tu kami balik sampai kat rumah hampi pukul 11 malam dengan tak dapat ikan pun. waduh penat kawe.

Monday, October 12, 2009

Kembali Terjalin

Assalamualaikum...

Salam sejahtera....

Pertama dengan rasa terharu saya mengucap terima kasih kepada kawan-kawan semaktab di MPSAH 10 tahun lepas kerana usaha untuk membentuk kembali ikatan yang telah 10 tahun terputus tanpa perkhabaran. Tanggal 11.10.09 kawe telah menemui satu blog yang telah dibina atas tujuan murni ini. Setelah mengamati blog mpsah_dpm1 ramai diantara member telah meneruskan pelajaran dan dah ada yang menamatkannya pun. tahniah kepada kengkawang. Mujurlah kawe sempat juga sambung tak la segan sangat. Dengan kelulusan Ijazah dari OUM dalam jurusan Teknologi Maklumat ini dapat kawe menyertai kengkawang semua. Namun begitu orang rumah kawe masih belum menyambung pelajarannya, alasanya nak beri komitmen sepenuhnya kepada anak-anak. Dengan 3 orang hero sudah cukup untuk memberi kepenatan seharian menjaga. belum ditambah lagi dengan tugasan juka dia sambung belajar, katanya. kawe pun tak kisahlah. melihat blog mpsah ni, member dah buat reunion untuk kali pertama pun. kawe tak tau, tapi kalau tau pun tak dapat pergi sebab bini kawe beranak (22.11.2008) anak ketiga. Tapi kiranya ada reunion kali kedua mungkin takkan lepas peluang. Sebenarnya dah lama kawe nak cari member lama tapi tak tau macam mana. Tapi kini alhamdulillah...

Sunday, October 11, 2009

santai ditepi sungai pahang


assalamualaikum...

satu petang aku dan keluar bersantai di tepi sungai pahang. kira ok la juga walaupun takde kedai makan. boleh la kalau bawak bekal sendiri. di mengkarak tempatnya, nampak macam projek gajah putih tapi boleh la membawa ketenangan selepas penat mandu dari temerloh. dengan 3 orang anak lelaki kini. bukan senang nak memandu terus menerus dari temerloh. banyak la mende yang dia nak buat. kejap itu la, kejap ini la. pening dibuatnya.

Sunday, October 4, 2009

Di Mana Silapnya ?

Assalamualaikum

Dimana silapnya. sejak kebelakangan ini semakin banyak kemalangan maut berlaku di negara kita. Dimana silapnya. Sebenarnya kita tak tau di mana silapnya. yang orang kita tahu adalah menyalahkan orang lain. Bagi pihak berkuasa pengguna jalan raya yang di salahkan kiranya berlaku kemalangan terutamanya yang melibatkan kepalangan maut. begitulah sebaliknya. selepas OPS sikap tamat, ketua polis negara dengan tegasnya menyalahkan sikap pengguna jalan yang menyebabkan kemalangan yang membabitkan maut menjadi punca. Benarkah ? pada hakikatnya ialah kematian tidak boleh dielak walaupun sedetik sepat atau lewat. itu kata-kata yang ternyata benar. sehubungan dengan itu pengguna perlu juga mengamalkan sifat berhati-hati kerana itu penting untuk memastika tiada kerosakan harta benda maupun nyawa. sebagai pengguna jalan raya, seyapun terlibat sama dalam memastikan tiada berlakunya kemalangan di pihak saya. kalau nak dibandingan dengan negara lain, jalan raya mereka jauh lebih berbahaya daripada jalan kita, namun jarang berlakunya kemalangan macam negara kita. Dimana silapnya ? sapa yang kita kira bertanggungjawab atas kematian semua ini. sikap pengguna itu sendiri, pihak berkuasa, keadaan jalanraya ditempat kita, atau takdir yang telah ditetapkan oleh Allah swt. sama-sama kita renungkan
Sekian