Friday, November 11, 2011

Puteri Sulungku


Assalamualaikum......

Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya tanggal 04.09.2011 isteriku yang tersayang selamat melahirkan seoran bayi perempuan seberat 3 kg. Bayi ini merupakan bayi perempuan sulung dalam keluargaku selepas aku suamiisteri dikurniakan dengan 3 cahaya mata lelaki sebelum ini. Setelah hampir genap 1 minggu aku memilih nama untuk bayi ku kini maka terpilihlah satu nama iaitu Nurin Batrisyia.... Aku bersyukur sesangat dengan anugerah yang aku perlihi ini...

Wednesday, August 31, 2011

Reunion kali 1


Salam sejahtera...

Aidilfitri merupakan aidifitri penuh bermakna bagi semua orang. bagi kawe pun ada disamping sedang menunggu kelahiran anak yang ke 4 kawe, geng sekolah menengah kebangsaan machang yang menduduki peperiksaan spm tahun 1994 membuat satu pertemuan di taman kemahkotaan bandar machang. kawe dan keluarga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini. banyak perubahan fizikal pada member kawe termasuklah kawe. ada yang makin bulat ada yang masih hensome dan ada yang masih lawa....
daripada pertemuan ini juga kami dapat tahu ramai diantara kawan kami zaman sekolah dulu telah kembali kerahmatullah... alfatihah untuk mereka yang dah tiada...

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan bakal berlalu

Alhamdulillah tahun ini walupun ambo di uji oleh Allah swt dengan sakit gaut, namun sehingga hari ke 26 ramadhan masih ambo dapat tempuhi dengan jayanya. Begitu juga dengan anak sulung kaw muhammad adam daniel kira penuh lagi la tahun ini. diharapkan semoga kesinambungan ini dapat diteruskan hingga akhir ramadhan serta dapat bertemu lagi dengan ramadhan tahun depan.

Thursday, May 12, 2011

Inilah Pembangunan Dunia

jentera sedang sibuk membina jalan

Erti kata pembangunan..... kini baru tiba di RKT Lebir 1. Aku baru 5 bulan pun dah rasa susah... inikan pula dengan kesusahan peneroka KESEDAR Lebir 1 yang menghuni kawasan ini sudah 30 tahun. Kawe rasa sedih dengan sikap pengurusan KESEDAR yang boleh dikatakan gagal dalam menjaga kebajikan penerokanya. tidak seperti FELDA yang penuh dengan pembangunan.
Tapi kini Alhamdulillah...pembangunan yang diidamkan telah sampai ke RKT Lebir 1

Thursday, March 3, 2011

2011 Penuh Cabaran

2011 merupakan tahun bertuah bagi kawe apabila dapat keputusan pertukaran dari negeri pahang balik ke kelantan. Ianya bermula dengan kelewatan menerima memo dan seterusnya sangkut dalam lumpur semasa pulang dari sekolah. semua itu menyeronokkan


Laluan dari Lebir ke Paloh 3




Menanti ada guru yang masih tersangkut

Namun kini setelah lebih 2 bulan kawe mengajar di Lebir ini semuanya sudah menjadi sesuatu yang biasa. cuma kini dalam perancangan untuk menambah sebuah lagi kenderaan pacuan 4 roda untuk kemudahan musim hujan kelak