Tuesday, November 17, 2009

Apalah kesudahanya


Salam 32 tahun ;

10 tahun sudah aku bermastautin di negeri Pahang yang banyak memberi pengalaman kehidupan kepada aku. 10 tahun sudah aku bekerja di negeri Pahang. 10 tahun sudah aku menjadi ahli dalam bidang pendidikan. 10 tahun sudah aku menikmati gaji daripada kerajaan Malaysia yang satu ketika dulu aku langsung tidak mengimpikan keupayaan aku untuk menjadi seorang guru. Apakan daya kata pepatah "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia....." Aku sendiri tidak pasti sama ada aku bertuah atau tidak. sukar untuk diukur diri sendiri. Kawan-kawan sekolah rendah dan menengah dulu aku tidak tahu apa keadaan mereka kini. tapi aku percaya mereka jauh lebih baik dari aku yang hanya seorang guru sekolah rendah ini. Sudah 20 tahun aku tamat sekolah rendah di SK Machang (1989 - UPSR) dan 15 tahun tamat Tingkatan 5 di SMK Machang (1994 - SPM). Namun itu semua kenangan dan pengalaman.

Kini sudah tahun 2009, aku tetap bersyukur dengan anugerah Allah s.w.t yang telah menganugerahkan aku seorang isteri yang sangat memahami aku dan 3 cahaya mata semuanya lelaki yang bakal menjadi cabaran kepada aku untuk menjaga mereka. Aku pernah terfikir, untuk menjaga anak aku 3 orang ni pun dah pening, bagaimanalah mek dan ayah aku jaga aku dan adik beradik seramai 13 orang. Lagi peninglah gamaknya. Aku cukup terharu dengan pengorbanan mek dan yah aku.

Terima kasih mek dan ayah....

Thursday, November 12, 2009

Secebis Kenangan di Maktab

Doa Yang Bermanfaat

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ilmu yang tidak diamalkan
Aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk kemegahan ,Tuhan,
ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan
Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan,Tuhan,
aku memohon kepadaMu janganlah ilmu itu menjadi beban
Di akhirat kelak menjadi hujjah dan saksi
mengapa aku tidak amalkan
Ya Allah, aku memohon kepadaMu bertambah amalku
Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak Ya Allah,
aku berlindung denganMu daripada ilmu untuk mujadalah
Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa
Tuhan, aku berlindung denganMu jangan sampai ilmuku melaknatku semula
Kerana bermegah-megah dan tidak amalkan
Jadikanlah aku bertambah ilmu bertambah dekat dengan Tuhan
Bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan
Tuhan, jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain
Boleh menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang
Seterusnya jadikanlah ilmu itu sentiasa memberi manafaat dan syafaat

Sumber : http://jiwajuang.blogspot.com/2007/03/doa-ilmu-yang-bermanafaat.html

Sunday, November 8, 2009

Renungan buat semua

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar As Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

sumber : http://jiwajuang.blogspot.com/2007/03/kata-kata-hikmah-orang-orang-soleh.html