Wednesday, September 2, 2009

Pengorbanan Kemerdekaan

Salam mengusik

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya sudah hampir separuh bulan ramadhan di tempuhi untuk tahun ini. Tak lama lagi umat islam akan menyabut hari lebaran untuk tahun ini. Namun demikian terdapat beberapa pengorbanan yang perlu di lakukan oleh rakyat malaysia. Antara pengorbanannya :

1. Kenaikan harga petrol RON95

Pada bulan Jun yang lepas Kerajaan Malaysia telah mengumumkan untuk menarik produk minyak petrol RON 91 dan digantikan dengan RON95 bermula 1 sept 2009. Apa yang menarik ialah harga yang ditetapkan ialah RM1.75. Namun apabila tiba masanya lain la pula harganya. apa boleh buat demi kemajuan negara rakyat terpaksa menerima sahaja apa yang telah diaturkan. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan oleh rakyat untuk negara. Ini sekali gus membantu kerajaan mengurangkan kadar subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. Sebagai pengguna secara peribadi, walaupun tak sempat merasa petrol dengan harga RM 1.75 namun tetap bersyukur sebab ia masih lagi di paras harga lama. (RM1.80)

2. Bonus Raya 2009

Rakyat kini perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan ketiadaan bonus raya tahun ini. ini juga satu pengorbanan namanya. secara peribadi saya rasa bonus raya tak perlu kerana bonus yang diberikan bukan untuk kegunaan raya semata-mata. Namun begitu besarlah harapan agar kerajaan tetap memberi bonus kepada kakitangan awam untuk tahun ini di penghujung tahun. Bonus ini penting untuk kegunaan anak-anak nak masuk sekolah nanti. Itu lagi penting. Jika dibandingkan dengan raya permulaan persekolahan tahun depan adalah lebih penting. dengan bukunya, pakaian sekolah anak, yuran, dan pelbagai persiapan lain lagi.