Tuesday, June 30, 2009

Trip ke Melaka

Pada hari sabtu bersamaan dengan 27 hingga 28 hb jun, ambo sekeluarga berserta dengan Zahar dan Basri telah mengikut Nuar balik kampung di di Merlimau Melaka. Ada beberapa aktiviti yang kami sempat penuhi untuk tempoh 2 hari 1 malam ini.
Perjalanan bermula selepas maghrib pada hari sabtu lebih kurang pukul 8 malam. aku mengikut nuar dari belakang diikuti Basri dan Zahar. Perjalanan waktu malam kurang memenatkan kerana 2 anggota tentera kawe sudah tewas di pembaringan. kami singgah makan kejap dekat Jempol NS makan sate. Zaha belanja. Kawe pegi beli berger ko bini kawe punya la lama nak dapat sebiji berger. tu baru sebiji kalau dua biji terpaksalah ambik masa balik esok. walhal bukan ada orain order pun. perjalanan diteruskan lagi pada pukul 10 mlm. Jalan ke Melaka dah lama tak pergi dah tak tau dah rasa lama juga. sampai di rumah Nuar pada pukul 12.30 tghmlm.

Bergambar di hadapan Eye On Malaysian


Gayat semasa EOM berhenti di puncak

Lawatan bermula apabila Nuar bawak kami naik gondola. Eye On Malaysia. best jugak. yang paling best semasa EOM tu beghenti. masa tu kawe dan kuarga ada kat puncak. meraung anak kawe. takit jatu. itu cerita anak kawe tapi, yang paling best ada orang tak berani langsung nak naik EOM tu. takut pening.. :-) Lama juga benda tu berpusing kawe kira ada kat lima kali. Harga tiket pun boleh tahan, RM10 untuk dewasa da separuh harga untuk kanak-kanak 3 - 12 tahun.
Lepas tu kami pegi ke menara Taming Sari. Tak la best

sangat. tak mencabar sekadar naik dan pusing sikit-sikit. boleh la tengik kapal besar. Lepas tu kami pergi ke Hypermarket Mydin. Besar betul. tak beli apa-apa pun malah nak beratur semasa bayar.
Semasa balik dari Mydin singgah kat rumak orang tua Nuar. makan durian dan buah seto. tak la banyak makan buah seto tu abih la sebaldi kami gomo. durian pon gitu.
Waktu malam kami pegi makan kat tempat ikan bakat tersohor kat Melaka. orang kate. Ikan bakar Umbai. abih RM45 kira ok la. banyak la ada kerapu 3 rasa, kepah masak sambal, sotong celup tepung, kora ok lah. Perjalanan balik ke Bera diteruskan selepas makan ikan bakar ru. perjalanan yang ada rasa penat campur ngantuk. sampai kat umah jm 12.45 thg mlm. abih masa cuti minggu tu.

Dan selepas ini Insya Allah kami merancang ke kelantan pulak.


No comments:

Post a Comment