Monday, March 1, 2010

Penangan facebook




laman facebook kawe

Sudah hampir 11 tahun kami warga mpsah telah berpisah. Apabila masing-masing ditugaskan ditempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, maka kami pun akur. Namun demikian tahun 2010 ini laman yang dikira agak polpular masa kini iaitu laman facebook telah menyatukan kami semua. penyatuan ini telah memberi kami perkhabaran yang terkini tentang kami semua. rata-rata antara kami sudahpun mempunya 2 hingga 5 orang anak. Kira ramai la tu. bagi yang dapat sepasang anak lelaki da perermpuan itu dikira beruntung la. bagi yang masih belum berusaha lah lagi. Insya Allah. Kawe sangat beruntung kerana telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Perempuan masih belum lagi. akan datang kot.... Dengan laman Facebook kawe berjaya mengumpul hampir 80% rakan sekelas kami (sains & pjk). macam-macam hal masing-masing. ramai antara kami telahpun sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Mujurlah kawe pun sambung jugak. Tak la segan sangat. facebook banyak membantu kawe dalam mencara teman maktab kawe. namun yang kawe terkilan adalah seorang best fren kawe tak dapat dikesan. nama dia Izarman Che Ismail. Kawe tahu dia mengajar di SK Pulau Serai tapi dah lose contact. aduhhhhhh. sayunya kawe.

No comments:

Post a Comment