Saturday, April 10, 2010

Kejohanan Bolasepak MSSM Zon Bera B12 Tahun

Pasukan SK Felda Bukit Kepayang sebelum memulakan separuh akhir.


Pada minggu ni kawe membawa budak sekolah kawe untuk perlawanan bolasepak pada kejohanan bolasepak bawah 12 tahun MSSM Zon Bera. Pada mulanya pasukan sekolah kawe ni hanyalah sekadar menyertai sahaja. Memandangkan latihan hanya alakadar sahaja, dengan padang sekolah sedang dibaikpulih. Pasukan kami hanya boleh berlatih di padang belia FELDA Bukit Kepayang. Berkat usaha ketua jurulatih Cikgu Izhar…. pasukan kamu boleh dikatan amat berjaya pada kejohanan kali ini.

Pada perlawanan pertama kami menang 2 – 0 dengan pasukan SK FEDA Kumai. Keputusan ini sungguh memberi semangat kepada budok kawe.. Pada perlawanan kedua pasukan kawe tewas dengan SK FELDA Purun 0 – 2. kekalahan ini sedikit sebanyak telah meluntur semangat budok – budok kawe. Kerana perlawanan yang ketiga kami akan bertemu dengan pasukan SK FELDA Sebertak. Memandangkan Sebertak adalah pasukan pilihan, kamu gerun jugak. Masakan tidak diorang menang ngan purun 0 – 1, dan belasah SK Felda Triang 2, 4 – 1. Memang benar orang kata bola itu bulat. Pasukan kami menang dengan Sebertak 1 – 0. Perlawanan keempat dengan Sk Triang 2 kami main bersungguh-sungguh untuk mencari gol banyak. Ternyata berhasil apabila kami menang dengan keputusan 3 – 0.

Senyuman Naib Juara


Pasukan budok kawe layak ke separuh akhir yang berlangsung pada keesokan harinya, lawan kami SK Tementi. Perlawanan yang seimbang dan sengit. Kami menyerang sehingga pasukan Tementi tak boleh buat apa... keputusan yang memeranjatkan kami menang 1 – 0 untuk layak ke perlawanan akhir bertemu dengan pasukan sekolah SK Triang 3. Kami main namun tewas dengan keputusan 0 – 2... Cikgu puas hati, budak puash hati, GPK KK Tn Hj. Mohamed pun puas hati...

NKRA bolasepak kami tercapai....

No comments:

Post a Comment