Tuesday, June 29, 2010

Catatan perjalanan ke Kuala Lumpur

Pada 13 Jun 2010 kawe dan keluarga telah mengikuti rombongan perkahwinan sepupu kawe di Kuala Lumpur. Begini la lebih kurang catatan ringkas perjalanan kawe.

11.06.2010
Perjalanan bermula selepas solah jumaat 11.06.2010. kawe bertolak mendahului para rombongan yang lain memandangkan kawe bakal kerap kali berenti di tepi jalan untuk mengikut kehendak anak-anak yang mahukan susu, nak kencing la, nak buang air besar la. Pendek kata macam-macam ada. Kami sekeluarga selamat tiba di Gombak lebih kurang jam 9.30 malam.
Setiba saja di Batu Cave kami teru saje ke rumah Abang Tek untuk menginap selama 2 hari ini. Malam itu pula malam pembukaan piala dunia. Gamat rumah Abang Tek dengan sorakan Nasaie, Amira dan Shikin. Qari kalu nok menyorak sori mori la. Jadi mala itu kami berehat dengan selesa. Cuaca yang baik serta budak-budak yang tak buat onar sangat.

12.06.2010
Permulaan hari yang kedua biasa saja, Kak Tie masak banyak sarapan pagi pagi tu. Jenuh nak makan. Pukul sebelas kami bergerak untuk menyertai rombongan pengantin. Kami selamat menyertai rombongan pengantin di masjid yang menempatkan keluarga sepupu kawe di Taman Tun Dr Ismail. Selepas Zohor hujan turun lebat. Orang tua-tua di kelate ada mengatakan kalau hari hujan kenduri kawin, maka orang itu kuat makan budu. Kali kawe rasa Yatie ni kuat makan budu. Sekali lagi kami bertolak ke Dewan Komuniti TTDI untuk Majlis itu. Alhamdulillah, semuanya selamat.
Selepas majlis kenduri, kami sekeluarga pergi melawat tempat kebanggaan masa kini iaitu Putrajaya Jenuh bergambar di Putrajaya. Peristiwa mengejutkan Saie, dia beli ais batu campur (ABC), terperanjat beruk lihat harga 2 ABC jumlah harga RM11.00. Mek kawe kira tak nak minum dah di Putrajaya ni. Mahal harganya.

13.06.2010
Kami memulakan perjalanan pulang ke klate jam 9.30 pagi. Satu perjalanan yang panjang rasanya. Kawe lalu ikut jalan terengganu. Sakit pinggang mandu selama 13 jam. Banyak tempat singgah, rehat beli jus jambu, beli keropok lekor, dan macam macam lagi. Dan selama sampai ke rumah di mache kira-kira jam 11 mlm.

No comments:

Post a Comment