Friday, February 19, 2010

Aktiviti hujung minggu

Pada minggu ini nampaknya orang rumah kawe bertugas sebagai jurulatih utama bagi subjek membuat kek coklat dalam cawan. Ketua jawatankuasanya ialah Ustazah Hanum. Beliau yang mengaturkan semua perjalanan program ini. Perancangan ini telah dirancang sebelum tahun baru cina lagi. Namun perlaksanaannya hanya dapat dilakukan pada minggu ini. Kawe dengan sepenuh komitmen untuk menjaga anak bagi membolehkan bini kawe melaksanakan tugasnya dengan baik. Perancangan ini dibuar gara-gara jiran sekitar rumah guru kepayang ni merasa kek promosi yang dibuat khusus oleh bini kawe untuk kak ngah ( anak sanisah ). Tapi takde hal boleh buat punya. antara ahli yang terlibat ialah Sakinah, dan ustazah Hidayah yang lain tak pasti lagi sebab belum mengesahkah lagi penyertaan mereka. Namun tawaran penyertaan masih lagi dibuka.

No comments:

Post a Comment