Monday, October 12, 2009

Kembali Terjalin

Assalamualaikum...

Salam sejahtera....

Pertama dengan rasa terharu saya mengucap terima kasih kepada kawan-kawan semaktab di MPSAH 10 tahun lepas kerana usaha untuk membentuk kembali ikatan yang telah 10 tahun terputus tanpa perkhabaran. Tanggal 11.10.09 kawe telah menemui satu blog yang telah dibina atas tujuan murni ini. Setelah mengamati blog mpsah_dpm1 ramai diantara member telah meneruskan pelajaran dan dah ada yang menamatkannya pun. tahniah kepada kengkawang. Mujurlah kawe sempat juga sambung tak la segan sangat. Dengan kelulusan Ijazah dari OUM dalam jurusan Teknologi Maklumat ini dapat kawe menyertai kengkawang semua. Namun begitu orang rumah kawe masih belum menyambung pelajarannya, alasanya nak beri komitmen sepenuhnya kepada anak-anak. Dengan 3 orang hero sudah cukup untuk memberi kepenatan seharian menjaga. belum ditambah lagi dengan tugasan juka dia sambung belajar, katanya. kawe pun tak kisahlah. melihat blog mpsah ni, member dah buat reunion untuk kali pertama pun. kawe tak tau, tapi kalau tau pun tak dapat pergi sebab bini kawe beranak (22.11.2008) anak ketiga. Tapi kiranya ada reunion kali kedua mungkin takkan lepas peluang. Sebenarnya dah lama kawe nak cari member lama tapi tak tau macam mana. Tapi kini alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment