Sunday, October 25, 2009

Bajet Harapan Rakyat

Salam Sejahtera

Tanggal 23 okt 2009 PM telah membentangkan bajet sulung beliau selepas memangku jawatan tertinggi dalam Malaysia dan Menteri Kewangan. banyak kebajikan rakyat yang diutarakan. contohnya pemberian subsidi kepada para nelayan dan petani (penanam padi). inilah yang dikatakan rakyat didahulukan. Namun dalam pada itu ada juga yang tidak terlibat dengan perolehan subsidi ini. Contohnya kakitangan awam. Tahun ini merupakan tahun kedua sejak tahun 2000 kakitangan awam tidak medapat bonus. Pada dasarnya pemberian bonus itu juga penting untuk kepuasan kakitangan awam yang sudah satu tahun bertungkus lumus. walaupun mereka ada gaji setiap bulan, bonus juga diharapkan seringan dengan prestasi kerja mereka. Kalau sesetengah orang kata bonus tak dapat di berikan kerana ekonomi lembab kini, itu juga munasabah. Namun jika difikirkan kemana perginya wang bonus yang diberikan kepada kakitangan itu. Bonus itu akan berkirasar kepada kerajaan juga. Kakitangan awam biasanya akan berbelanja jiga wang bonus itu bukannya dia simpan saja. Wang yang dicairkan itu akan dapat balik kepada kerajaan. Itu lah kitaran kewangan dalam negara kita ni.

No comments:

Post a Comment